AdSSe
Wednesday, 11 November 2015
5 perkara asas perlu tahu dalam padanan warna pilihan pemakaian cara anda
Pemilihan warna yang betul dan bertepatan dengan penampilan anda amatlah penting dalam menjalani kehidupan anda. Ianya mengambarkan siapa anda dan menyerlahkan personaliti diri anda jika anda tahu mengayakan warna pemakaian dengan betul. Warna yang berpadanan juga dapat mempengaruhi rasa percaya diri anda.
Pernahkah anda terfikir sama ada cara anda mengenakan padanan warna bertepatan dengan penampilan sebenar diri anda!!!
Disini ada 5 perkara asas yang perlu anda tahu supaya anda tidak melakukan kesilapan dalam cara padanan warna pemakaian anda.
(1) Tiga warna asas yang kita perlu tahu iaitu :
- merah, biru dan kuning
Ketiga – tiga warna ini merupakan warna asas, jika ketiga – tiga warna ini dicampurkan akan menghasilkan warna – warna yang lain seperti hijau, oren, ungu dan warna yang lain yang ada didalam alam semesta.Ianya juga akan memudahkan anda bagi memilih warna – warna yang bersesuaian dengan anda. Adalah lebih baik jika anda hanya menggunakan 3 warna dalam padanan pemakaian anda.
Warna yang sama juga dapat dipadankan tetapi dengan tona warna kegelapan yang berbeza, pada kombinasi warna putih atau hitam pula dapat dipadankan dengan apa – apa warna sekalipun.
(2) Mengenakan warna yang berpadanan dengan kulit anda
- warna kulit terbahagi kepada 3 iaitu :
- berwarna gelap, berwarna cerah dan berwarna sawo matang
Yang berwarna gelap – padanan warna yang sesuai ialah yang berwarna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklat, peach, hijau muda, dan kelabu.
Elakkan padanan yang berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ianya bakal membuatkan anda nampak lebih gelap.
(3) Mengenakan warna padanan yang bersesuaian dengan waktu dan tempatnya seperti :
- warna gelap untuk padanan formal dah warna terang pula untuk padanan semi – formal
(4) Mengenakan padanan warna berdasarkan bentuk tubuh badan Seperti :
- Jika berbadan gempal dan tinggi – padanan yang sesuai ialah warna – warna gelap seperti warna hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna – warna ini bakal memperlihatkan anda lebih langsing dan corak – corak bunga kecil juga dapat menyerlahkan lagi penampilan anda.
- Jika kurus dan rendah – padanan yang bersesuaian bagi golongan ini ialah dengan mengunakan warna baju yang lebih cerah dengan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak juga amat sesuai dipadankan agar menampakkan si pemakai lebih tinggi. jika wanita, padanan kasut seperti( Wedges ) mampu membantu menambahkan lagi ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih Eligen dan Trendy.
- Jika berbadan kurus dan tinggi pula – padanan yang sesuai untuk individu ini
adalah dengan memakai warna yang cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta dengan menggunakan corak – corak yang melintang atau bunga yang besar supaya anda tidak Nampak terlalu kurus.
(5) Keyakinan dan kepercayaan akan diri
- Setelah mengikuti dan merilisasikan setiap langkah demi langkah diatas, ianya akan memberikan anda keyakinan diri ketika memadankan warna berpakaian. Keyakinan berpakaian tidak semestinya berupa nilai pakaian itu(mahal) atau seksi, tetapi ianya lebih kepada keselesaan, pengetahuan dan direalisasikan dengan kemahuan supaya menjadi kepuasan. Pemakaian anda cara anda tetapi perkara asas cara padanan warna pemakaian anda bakal menyerlahkan lagi personaliti diri anda, diharap segala persoalan terjawab disini, moga bertemu lagi dijudul yang berikutnya….
Credit to: ladyfazshop.blogsport.com
Credit foto: ideaonline.co.id
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment