Credit photo : pinterest.com
Padanan fesyen urban sudah menjadi trend pakaian masa kini, ianya lebih menjurus pada mereka yang mempunyai keunikan dalam creativity padanan pemakaian yang menentukan gaya mereka. Inginkah anda merasai dan mencuba gaya padanan indah fesyen urban supaya anda tidak ketinggalan dan tergolong dalam golongan yang mempunyai citarasa mengikut arus trend masa kini!!!
5 padanan indah fesyen urban ini akan membantu anda merialisasikan gaya mengikut kesesuaian pilihan anda agar menjadi insan yang dicontohi, bukan di hindari.
1. Contoh yang umum ditemukan dalam pemakaian padanan indah fesyen urban ialah dengan memadankan hoodie, sneakers dan t-shirt dengan design yang menarik, popular dan unik. Kebanyakan daripadanya adalah yang tidak formal dan dihiasi dengan aksesori tambahan. Gaya padanannya seringkali mencontohi pakaian jenis denim dan animal-print.
Credit photo : wheretoget.it & aliexpress.com
2. Padanan warna pula mencerminkan keperibadian yang mengkhususkan warna – warna yang terang seperti putih atau warna – warna yang gelap seperti hitam. Akan tetapi ada juga yang mengenakan padanan yang mengambarkan Street – Art yang sangat popular pada ketika ini.
Credit photo : kitabfesyen.blogspot.my
3. Pada yang berhijab seperti gambar diatas, Padanan gaya urban juga dapat memberikan gambaran yang indah lagi menarik dalam menyerlahkan keperibadian yang ingin diolah. Ada berbagai pilihan yang boleh dijadikan contoh mengikut kemahuan yang ingin dipamerkan mengikut cita rasa anda dalam padanan indah fesyen urban in seperti :
Credit photo : www.medianita.com
4.Penambahan Aksesori juga diperlukan mengikut kesesuaian bagi melengkapkan lagi penampilan si pemakai seperti handbag, rantai, kaca mata, jam tangan dan kasut mengikut kemahuan.
Credit Photo : celana-hitam.blogspot.com & adisurantha-infashion.blogspot.com
5. Peradaban juga perlu dititik beratkan agar menjadi satu penganugerahan yang tidak ternilai bukan hanya dari segi fesyen sahaja, tetapi nilai – nilai murni yang diterapkan bakal memberi impak pada pesonaliti diri dan menyerlahkan lagi kekuatan fesyen urban yang di ingini. Kesimpulan dalam semua suai padanan yang di kongsikan bakal memberikan pembaharuan juga kesempurnaan bagi merialisasikan impian fesyen urban yang menjadi pilihan masa kini agar menjadi insan yang dicontohi, bukan dihindari…semoga 5 padanan indah fesyen urban dalam kesempurnaan ini dapat membantu anda meriliasasikan kemahuan mengikut kehendak yang anda ingini.
No comments:
Post a Comment