Adakah kita tahu, bahawa padanan kasut dalam keselesaan, kehendak, keperluan, kepuasan dalam kesempurnaan adalah amat penting dalam kehidupan.
Tidakkah kita tahu dengan padanan bersesuaian dapat menyerlahkan lagi kualiti penilaian keperibadian.
Dengan kualiti pemilihan padanan kasut yang bertepatan bakal memperlihatkan anda seorang yang bijak lagi pandai serta mempunyai keyakinan dalam kesempurnaan erti sebenar.
Mungkin dianggap remeh bagi golongan yang tidak berwaspada tetapi inilah kebenarannya.
Disini, 5 tips yang dikongsikan bakal memberikan panduan serta juga pengetahuan tentang padanan kasut yang bersesuai mengikut pesonaliti cara anda.
perlu ada sedikit pengetahuan asas tentang padanan formal, smart casual dan casual seperti :
Formal = lebih dikenali padanan pakaian pada waktu pejabat
Smart casual = Padanan yang selalunya gaya santai yang kemas dan tampak profesional. Jika dilihat dengan jelas, smart casual ini tidak banyak perbezaannya dengan yang formal, ianya disatukan antara formal & casual, jadi hasil namanya smart casual.
Casual = cara padanannya yang simple, nice dan mudah digayakan dalam banyak bentuk keadaan.
Credit foto : fadilahlee.com
Pemilihan padanan kasut tidak semestinya mengikut cita rasa sendiri tetapi adalah lebih selamat jika mengetahui tiga langkah keadaan berikut:
Waktu = siang atau malam.
Masa = acara formal, makan malam formal, santai atau riadah.
Tempat = dewan, hotel, padang atau yang bersamaan.
Langkah memahami waktu, masa dan tempat ini adalah amat penting bagi memudahkan cara padanan yang bersesuaian, jika langkah ini tidak diikuti pasti anda bakal nampak janggal dalam majlis ataupun anjuran kerana tidak mengikuti tema atau kesesuaian yang bertepatan.
keinginan dalam memadankan padanan yang sempurna, seperkara yang perlu anda tahu adalah tentang warna, warna memainkan peranan yang paling penting dalam corak keserlahannya seperti :
- Warna yang cerah memberi psikologi yang mudah untuk didekati.
- Warna yang gelap pula memberi inspirasi korporat dan formal.
- Warna yang lembut juga melambangkan kesejahteraan, ketenangan, sihat juga tampak berseri - seri.
Contoh kategori padanan kasut yang bersesuaian mengikut warna adalah seperti :
- Kasut seharusnya lebih gelap dari warna seluar.
- Kasut harus sepadan dengan warna tali pinggang melainkan ianya berwarna - warni.
- Semua jenis warna adalah bersesuaian dengan padanan jeans kecuali warna - warna yang berkilau kerana warna ini lebih bersesuai dengan padanan dress
- Kasut yang berwarna hitam amat sesuai dipadankan dengan seluar yang berwarna biru laut atau kelabu dan juga warna bersamaan iaitu hitam.
- Kasut berwarna coklat pula amat bersesuaian dengan warna coklat juga krim, hijau serta warna bumi gelap.
- kasut yang berwarna burgandy pula sangat bersesuaian dengan warna khakis, coklat cerah, biru dan juga kelabu.
- pada kasut yang berwarna putih pula tampak hebat dengan padanan yang berwarna bumi, biru, krim, coklat terang ataupun putih juga.
Anda perlu tahu juga kesesuaian tinggi kasut bagi formal sekurang - kurangnya 1’- 2’ inci dan bertutup dibahagian depan dan belakang, ianya tidak terlalu tinggi dan tidak begitu flat.
Jika ianya mempunyai bukaan sama dibahagian depan atau belakang, ianya sudah termasuk dalam kategori smart casual. Manakala jika tapak kasutnya flat, ia pula termasuk dalam kategori casual.
Manaala kasut yang mempunyai fesyen dikategorikan dalam smart casual, Kebiasaannya material kasut formal dan smart casual adalah sama tetapi yang membezakannya adalah faktor fesyen juga style.
Kasut casual amat mudah untuk dikenali, bukan kerana materialnya tetapi rekaan mudah dan simple juga menjadi pilihan pada meraka yang berpesonaliti natural.
Keselesaan dalam padanan kasut perlulah sempurna, jadi jika kaki bersaiz 8, janganlah pula pakai bersaiz 7 hanya disebabkan saiz 8 kehabisan stok.... Perihatinlah pada kaki anda, buatlah pilihan kedua juga ketiga agar kaki anda tidak tersiksa.
Kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza, di sebelah kanan adalah lebih besar daripada yang disebelah kiri, jadi pastikan padanan pemilihan kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar.pastikan juga lebar kasut serta panjang kasut mempunyai ruang yang selesa bagi jari - jari kaki mudah bergerak.
Bagi mengelakkan kaki dari melecet, pemilihan sarung kaki atau stoking dari jenis kain kapas, campuran kapas atau gantian tiruan yang berpadanan dapat membantu mengelakkan kekeringan kaki, sarung kaki atau stoking perlulah ditukar setiap hari bagi menjamin pesonaliti keperibadian diri yang dimiliki agar menjadi insan yang menjaga kebersihan diri.
Diharap 5 tips padanan kasut pesonaliti cara anda ini dapat membantu atau memberi sedikit pengetahuan tentang perkara yang perlu tahu dan juga difahami bagi merialisasikan impian pesonaliti diri yang diingini.
Semoga penulisan ini dapat diterima dan difahami, saya berharap anda sebagai pembaca
Sudi meninggalkan apa-apa pesanan, feedback di dalam ruangan komen.
Mudah-mudahan saya dapat memperbaiki penulisan saya dalam artikel akan datang.
No comments:
Post a Comment